Monday, February 23, 2009

JAKIM KAJI NAIK ELAUN GURU KAFA

Bayaran RM500 sebulan dianggap miskin

TAWAU: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan menyemak semula elaun guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (Kafa), kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Katanya, guru Kafa berada dalam kelompok miskin dengan pembayaran elaun RM500 sebulan sejak 2006. "Saya mengarahkan Jakim membuat semakan bayaran elaun mereka dan membuat rundingan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam serta Perbendaharaan Malaysia mengenai perkara ini," katanya selepas melancarkan Multaqa Penyelia dan Guru Kafa Negeri di sini, semalam.


Katanya, pada 1990, guru Kafa diberi elaun RM7 sejam atau R168 sebulan. Pada 1993, beliau berkata, elaun itu dinaikkan kepada RM12 di Semenanjung (RM288 sebulan) dan RM14 sejam atau RM336 sebulan di Sabah. Terdahulu dalam ucapannya, Ahmad Zahid meminta Jakim menyediakan laporan lengkap mengenai pencapaian pelajar dalam Ujian Penilaian Kafa di seluruh negara bagi meraikan kejayaan pelajar cemerlang pada peringkat kebangsaan.

Di Sabah, 99.9 peratus daripada 3,583 pelajar lulus dalam ujian itu tahun lalu. – Bernama

No comments: