tag:blogger.com,1999:blog-84957695364321316022024-02-08T09:51:49.838+08:00ZOOM ZEDLIKUAN PERJALANAN DAN CATATAN PENGALAMAN YANG BERTERUSAN...zoomzedhttp://www.blogger.com/profile/14702663612533107502noreply@blogger.comBlogger97125tag:blogger.com,1999:blog-8495769536432131602.post-22411980259140606062009-07-22T15:48:00.003+08:002009-07-22T15:54:39.998+08:00KUASA LEDAKAN PAMER KEHEBATAN TDM

DENTUMAN kuat demi dentuman ibarat halilintar, memecah keheningan pagi sekitar kawasan Gemas, Negeri Sembilan, baru-baru ini sememangnya mengejutkan penduduk.

Letupan-letupan itu bersilih ganti menggegarkan bumi, tembakan tanpa henti dilepaskan bagi memastikan pasukan musuh yang kini melarikan diri, benar-benar dapat dilumpuhkan sepenuhnya.

Apa yang berlaku sebenarnya ialah sebahagian daripada pertunjukan dipamerkan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) semasa Demonstrasi Kuasa Tembakan 2009 di Kem Syed Sirajuddin, Gemas, Negeri Sembilan.

Nyata demonstrasi yang diadakan itu memperlihatkan kehebatan dan juga ketangkasan Tentera Darat Malaysia (TDM) dalam mempamerkan persenjataan yang cukup digeruni oleh lawan.

Boleh dikatakan pada hari berkenaan, TDM menunjukkan hampir kesemua aset tempur miliknya dalam demonstrasi selama setengah hari itu.

Demonstrasi

Demonstrasi yang bermula pukul 8.30 pagi itu turut diserikan dengan keberangkatan Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah yang juga Kolonel Yang Dipertua Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD).

Antara aset dan persenjataan yang mendapat perhatian sepanjang demonstrasi itu termasuklah peluru berpandu jenis Eryx buatan Eropah yang digunakan sebagai peledak anti kereta kebal dan digunakan dalam jarak 600 meter, selain Metis M, Bakhtar Shikan untuk menunjukkan kuasa tembakan.

Turut dipamerkan kehebatan termasuklah kereta kebal pengangkut jenis Condor 20mm Oelikon yang mampu membawa lapan anggota pada satu-satu masa ketika operasi.

Aset Kor Armor Diraja itu juga pernah mendapat pengiktirafan besar ketika berkhidmat di Lebanon di bawah panji Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Selain itu, turut menghangatkan suasana pagi itu termasuklah kemunculan kereta kebal Pendekar (PT-91M) buatan Poland dengan mempamerkan aksi membedil sasaran.

Diterima sepenuhnya pada 16 April lalu, PT-91M ini dilengkapkan dengan kuasa tembakan, daya mobiliti dan perlindungan terbaik kepada krew, selain direka bentuk dengan kadar graviti dan 'silhouette' yang rendah bagi mengurangkan pengesanan pihak musuh.

Turut mengambil tempat pada demonstrasi berkenaan ialah dua pesawat pejuang jenis Sukhoi SU-30MKM dan juga empat pesawat Hawk yang berlegar-legar di ruang angkasa dengan pelbagai formasi sebelum membedil kawasan sasaran.

Diperbaharui

Sungguhpun ada kekurangan dari aspek persenjataan dan aset yang perlu dinaik taraf, namun ia tidak melemahkan semangat semua batalion anggota TDM dalam mempamerkan aset mereka untuk dipertontonkan.

Perkara itu mendapat perhatian dari Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang mahu semua aset dan juga persenjataan sedia ada perlu dinaik taraf, sungguhpun negara kini terus merasai tempias kegawatan ekonomi global.

Tambahnya, dalam soal seperti ini, ketiga-tiga sayap ATM perlu diberi perhatian oleh kerana kebanyakan aset serta persenjataan dilihat telah terlalu tua untuk berkhidmat bagi mempertahankan negara.

Lantaran itu, beliau menjelaskan, pemilikan persenjataan baru itu wajar diambil kira bagi memastikan semua aset milik ATM sentiasa memenuhi tuntutan semasa bagi ketiga-tiga pasukan tersebut.

"Sebagai contoh ada kapal-kapal dari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang telah berusia 32 tahun dan kebanyakan berusia 25 tahun tetapi ia terus digunakan bagi menjaga perairan negara.

"Manakala Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pula, walaupun mereka menerima aset terkini tetapi ia tak mencukupi apabila beberapa aset terdahulu dari segi teknologinya tidak relevan maka perlu ada penggantian," katanya.

Hasil demonstrasi

Melihatkan aset dan persenjataan itu, Ahmad Zahid juga menjelaskan demonstrasi ini mampu menunjukkan ATM mampu bersaing selain merancang dengan baik serta diuji keberkesanannya.

"Menerusi demonstrasi ini, kita mahu tunjukkan bahawa persenjataan ATM jika dirancang dan digunakan dengan betul, mampu menghasilkan kuasa pemusnah yang dikehendaki dan menghalang sebarang ancaman musuh pada negara.

"Saya percaya demonstrasi ini berjalan dengan lancar dan berharap agar keadaan sama juga berlaku jika kita berdepan dengan ancaman atau situasi cemas," tegasnya.

Secara keseluruhannya, ATM dilihat berjaya membuktikan bahawa angkatan itu merupakan sebuah pasukan yang berupaya mempertahankan Malaysia dan membuatkan musuh berfikir dua kali sebelum berhasrat menyerang negara ini.
zoomzedhttp://www.blogger.com/profile/14702663612533107502noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8495769536432131602.post-14492921239724419392009-07-22T15:46:00.001+08:002009-07-22T15:48:27.607+08:00ATASE PERTAHANAN DIPERLUKAN DI LEBANON?
BEIRUT 21 Julai - Kerajaan akan mengkaji keperluan meletakkan seorang Atase Pertahanan di sini untuk melancarkan penugasan Kontinjen Malaysia (Malcon) bagi misi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lebanon (UNIFIL).

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (gambar) berkata, sekiranya perlu, beliau akan membentangkannya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam masa terdekat.

Menurutnya, ini kerana khidmat pasukan pengaman negara yang berada di Lebanon sejak 2006 mungkin perlu dipanjangkan kerana ketidaktentuan politik di sini.

''Bagaimanapun buat masa ini saya tidak melihat keperluan jawatan itu tetapi bersedia membincangkannya sekiranya perlu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada kumpulan wartawan Malaysia sempena mengakhiri lawatan kerjanya di sini hari ini.

Hadir sama Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Ismail Jamaluddin dan Panglima Angkatan Bersama, Leftenan Jeneral Datuk Allatif Mohamed Noor.

Dalam perkembangan sama, Ahmad Zahid menegaskan, beliau yakin dengan kecekapan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang bertugas di sini.

''Saya juga ingin meminta ahli keluarga mereka di tanah air mendoakan kesejahteraan dan keselamatan mereka di sini," katanya.
zoomzedhttp://www.blogger.com/profile/14702663612533107502noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8495769536432131602.post-63351397032390385822009-07-22T15:43:00.000+08:002009-07-22T15:45:56.690+08:00MALCON UNIFIL PENUHI PETUNJUK PRESTASI UTAMA PBB
TYRE, LEBANON 19 Julai - Kontinjen Malaysia (Malcon) bagi misi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lebanon (Unifil) berjaya memenuhi Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan oleh badan dunia itu.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, penugasan mereka amat membanggakan dan diterima baik masyarakat setempat sekali gus memenuhi KPI tersebut.

Katanya, perkara itu diakui sendiri oleh Komander Unifil, Mejar Jeneral Claudio Grazio dari Itali, semasa bertemu dengannya di ibu pejabat misi tersebut di Naqoura, dekat sini hari ini.

Selain penerimaan penduduk di kawasan selatan dan timur Lebanon, menurutnya, penugasan Malcon juga diiktiraf oleh pasukan-pasukan pengaman negara lain kerana kerana warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berupaya memahami budaya masyarakat antarabangsa.

''Tiga bulan sebelum warga ATM menyertai Unifil, mereka telah dipersiapkan dengan teknik dan taktik ketenteraan serta kaedah komunikasi berkesan dengan masyarakat antarabangsa," katanya kepada wartawan Malaysia di sini hari ini.

Kata beliau, atas sebab itu, PBB terus meminta bantuan Malaysia untuk menjalankan misi berkenaan.

Ujarnya, selain meneruskan misi itu, kedua-dua pihak turut bersetuju menambah bilangan anggota serta pegawai ATM ke Unifil bagi mencapai taraf batalion sedikit masa lagi.

''Contohnya, walaupun kita berfahaman Sunnah, masyarakat Lebanon yang kebanyakannya berfahaman Syiah tetap dapat menerima kita dengan baik," katanya.

Sementara itu, Grazio berkata, dalam setiap misi pengaman, anggota dan pegawai terlibat perlu menguasai taktik ketenteraan serta menjalankan hubungan baik dengan masyarakat setempat.

''Kedua-dua keupayaan itu dipamerkan dengan baik oleh pasukan Malcon. Bagi anggota ATM yang bakal menyertai misi ini nanti, saya harap mereka akan kekalkan prestasi sedemikian," tegasnya.
zoomzedhttp://www.blogger.com/profile/14702663612533107502noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8495769536432131602.post-75439791248125162652009-07-22T15:41:00.001+08:002009-07-22T15:43:25.077+08:00TERLALU AWAL KAITKAN NORDIN MAT TOP
TYRE, LEBANON 18 Julai - Kementerian Pertahanan masih belum dapat memastikan penglibatan ketua militan rakyat Malaysia di Indonesia, Nordin Mat Top dalam pengeboman dua hotel di Jakarta kelmarin.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, Malaysia tidak pernah sesekali bersetuju dengan keganasan dan sentiasa sedia bekerjasama dengan Indonesia dalam menangani masalah tersebut jika diperlukan.

Beliau juga menegaskan, dakwaan tersebut dibuat terlalu awal dan satu siasatan menyeluruh perlu dilakukan sebelum dapat disahkan.

“Jika ia merupakan perbuatan individu yang kebetulan datang dari Malaysia, ia tiada kena-mengena dengan apa-apa dasar kerajaan kita.

“Kita sentiasa sedia bekerjasama dengan Indonesia dan pihak keselamatan antarabangsa bagi menentukan individu dan kumpulan bertanggungjawab tidak terlepas daripada undang-undang,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada sekumpulan wartawan Malaysia sewaktu melawat kontinjen negara di Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lebanon (UNIFIL) di At Tiri, dekat sini hari ini.

zoomzedhttp://www.blogger.com/profile/14702663612533107502noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8495769536432131602.post-87771424614352788072009-07-22T15:37:00.000+08:002009-07-22T15:41:40.074+08:00ZAHID TIDAK JUMPA NETANYAHU
KUALA LUMPUR 18 Julai - Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi tidak pernah menemui Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu di Pertunjukan Udara Paris, Perancis pada Jun lalu seperti dilaporkan media tempatan hari ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan pegawai khasnya, Halim Majid, Ahmad Zahid hanya menemui Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak semasa majlis koktel di pertunjukan udara tersebut.

Semalam, Ahmad Zahid dilaporkan mengadakan pertemuan bersama Perdana Menteri Israel bagi menjelaskan pendirian Malaysia berhubung isu di Asia Barat.

Laporan itu menyebut kononnya pertemuan tersebut adalah permintaan Netanyahu dan beliau adalah satu-satunya Menteri Pertahanan yang ditemuinya.

zoomzedhttp://www.blogger.com/profile/14702663612533107502noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8495769536432131602.post-55491403246838696672009-06-09T09:13:00.001+08:002009-06-09T09:14:49.412+08:00ATM PERLU GANTI ASET SUDAH CAPAI TEMPOH MATANG
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mencadangkan supaya aset Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang sudah mencapai tempoh matang digantikan.

Beliau berkata, penggantian aset itu bagi memastikan penggunaannya bersesuaian dengan perubahan teknologi ketenteraan semasa.

"Kita dapati beberapa aset ATM sudah digunakan pada tempoh yang agak lama dan perlu dinaik taraf atau digantikan dengan peralatan baru.

"Untuk itu, saya akan mengusulkan cadangan agar satu peruntukan khas untuk membangun dan memodenkan aset ATM dapat diwujudkan khususnya dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10)," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Penyerahan Bas Khas kepada Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) untuk ATM di sini hari ini.

Turut hadir timbalannya, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad dan Pengerusi Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Tan Sri Mohd. Anwar Mohd. Nor.

Bas yang disumbangkan oleh Kumpulan Boustead Holdings Berhad itu mempunyai kapasiti 25 penumpang serta dilengkapi dengan ruang tambahan untuk kerusi roda di samping mempunyai kemudahan audio visual.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid memberitahu, LTAT perlu mencari pendekatan terbaik bagi memacu ekonomi negara khususnya dalam industri pertahanan nasional.

"Kita amat yakin dengan pencapaian LTAT setakat ini dan berharap dapat meneruskan prestasi tersebut walaupun dalam keadaan ekonomi yang kurang baik," katanya.

zoomzedhttp://www.blogger.com/profile/14702663612533107502noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8495769536432131602.post-61933032791779651912009-06-09T08:58:00.001+08:002009-06-09T09:01:02.639+08:00PELATIH PLKN IKUTI MODUL BARU 2010Mulai tahun depan, pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) akan mengikuti modul kokurikulum baru yang menerapkan lebih banyak elemen kerohanian, emosi dan kecerdikan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, penerapan elemen itu bertujuan memastikan lepasan PLKN mempunyai semangat integrasi nasional yang berterusan selaras dengan asas penubuhan PLKN sendiri.

Katanya, buat masa ini PLKN mempunyai empat modul iaitu kenegaraan, fizikal, jati diri dan khidmat komuniti.

"Modul baru ini akan menambah baik kokurikulum sedia ada pada masa yang sama menggantikan modul yang dilihat sudah lagi tidak relevan.

"PLKN sudah lima tahun dilaksanakan dan secara logiknya, selepas tempoh itu penilaian semula perlu dilakukan untuk memantapkan program tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengetuai rombongan Kementerian Pertahanan membuat lawatan ke Kompleks Percetakan Sri Utusan di sini hari ini.

Turut menyertai rombongan itu ialah Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Ismail Jamaluddin; Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar; Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin; Panglima Angkatan Bersama, Leftenan Jeneral Datuk Allatif Mohd. Noor dan Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan, Mejar Jeneral Datuk Abd. Hadi Hussein.

Sementara itu, Ahmad Zahid memberitahu, PLKN juga akan mewujudkan alumni tersendiri bagi membolehkan kerajaan merangka program susulan terhadap lepasan program kebangsaan tersebut.

Katanya, kerajaan tidak mahu berbangga dengan jumlah angka pelatih PLKN yang mencapai setengah juta orang tahun ini tetapi yang lebih penting adalah nilai perpaduan dan integriti dalam diri setiap pelatih.

Menurutnya, faedah program perlu setimpal dengan peruntukan RM700 juta yang dibelanjakan setiap tahun untuk menjayakannya.

"Setiap ahli alumni PLKN ini akan diberi kad debit dan kad diskaun bagi menarik lebih ramai bekas peserta menyertainya," jelasnya.zoomzedhttp://www.blogger.com/profile/14702663612533107502noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8495769536432131602.post-66639899098745550422009-06-09T08:53:00.002+08:002009-06-09T08:58:30.807+08:00MENANGANI PERTIKAIAN AMBALAT
ISU Ambalat timbul semula apabila ia dijadikan satu isu dalam pemilihan Presiden Indonesia.
Sememangnya soal kedaulatan negara sering dijadikan agenda politik calon Presiden bagi meraih sokongan kerana ia merupakan isu yang sensitif. Ia juga mampu meningkatkan semangat nasionalisme rakyat. Isu mengenai pencerobohan Pihak Berkuasa Malaysia di perairan tersebut banyak dilaporkan dalam akhbar dan media Indonesia.

Dalam hal ini, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, dilaporkan mencadangkan supaya Pihak Berkuasa kedua-dua negara menghentikan rondaan sementara di kawasan tersebut sehinggalah isu persempadanan maritim dimuktamadkan.

Malaysia juga perlu menghentikan penggunaan istilah Ambalat kerana ia hanya merujuk kepada blok konsesi minyak Indonesia sebagaimana Malaysia menggunakan Blok Minyak ND6 dan ND7 Petronas di kawasan tersebut yang merupakan Laut Sulawesi.

Dalam hal ini, cadangan tersebut dilihat munasabah dalam jangka pendek sahaja dan langkah-langkah yang menyeluruh perlulah dikaji dan dilaksanakan bagi mengelakkan konflik di lapangan berlaku dan berusaha untuk mencapai penyelesaian atau penamatan konflik seperti berikut:

Mengkaji semula Peraturan Bagi Mengelakkan Insiden di Laut yang telah dimeterai oleh Tentera Laut Diraja Malaysia dan Tentera Laut Indonesia. Timbul persoalan adakah peraturan tersebut masih lagi relevan atau hanya retorik semata-mata?

Meneruskan rundingan persempadanan maritim bagi mencapai kata sepakat perbatasan maritim di Laut Sulawesi. Rundingan ini penting supaya kedua-dua pihak dapat mengetengahkan asas masing-masing dalam tuntutan tersebut dan ia perlulah berlandaskan kepada konsep 'menang-menang' dan bukannya 'zero-sum'.

Mewujudkan kawasan kerjasama sementara sama ada dari segi pengeksploitan perikanan, petroleum dan gas tanpa menjejaskan persempadanan maritim yang akan dimuktamadkan.
Ia boleh diwujudkan berdasarkan peruntukan Konvensyen Undang- Undang Laut Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu 1982 di mana Malaysia dan Indonesia adalah ahlinya. Malaysia pernah mewujudkan Kawasan Pembangunan Bersama dengan Thailand bagi eksploitasi petroleum dan gas di Laut China Selatan.

Mengekalkan status quo di mana kedua-dua pihak tidak mengeksploitasi sumber perikanan, petroleum dan gas. Malaysia dan Brunei Darussalam pernah mengambil pendekatan ini di kawasan tuntutan bertindih di Laut China Selatan.

Mengemukakan kepada Pihak Ketiga seperti Mahkamah Keadilan Antarabangsa bagi memutuskan persempadanan maritim. Langkah ini mungkin sukar kerana ia memerlukan persetujuan kedua-dua negara selain dilihat sebagai kesilapan tidak diambil kira semasa merujuk kes kedaulatan Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan kepada ICJ sebelum ini.

Konflik wilayah dan persempadanan maritim sememangnya konflik antara negara yang masih wujud pada abad ke-21 ini. Konflik ini boleh menjadi konflik ketenteraan jika tidak ditangani sewajarnya.

Konflik di Laut Sulawesi ini perlu diselesaikan melalui rundingan dan diplomasi. Keputusan untuk melibatkan konflik bersenjata adalah tidak wajar kerana Malaysia dan Indonesia merupakan negara jiran yang akrab.

Konfrontasi pada 1962-1965 perlu dijadikan iktibar dalam hubungan dua hala Malaysia pada masa kini dan mendatang.

zoomzedhttp://www.blogger.com/profile/14702663612533107502noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8495769536432131602.post-25784875407045784482009-05-08T09:07:00.002+08:002009-05-08T10:02:17.835+08:00JANGAN PATAH SEMANGAT - ZAHID
SEPANG 7 Mei - Punca kematian Allahyarham Mejar Mohd. Shafie Mahat, 50, semasa bertugas di markas Kinshasha, Congo 30 April lalu disahkan sebagai mati mengejut.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, laporan bedah siasat ke atas jenazah Pegawai Terminal Udara di Uganda dua hari lalu mengesahkan punca tersebut.

"keluarga Allahyarham di sini sudah dimaklumkan (laporan bedah siasat) dan saya berharap mereka dapat menerima ketentuan ilahi ini, " katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menyambut ketibaan jenazah Allahyarham Mohd. Shafie di MAS Kargo, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 2.15 petang ini. Jenazah dibawa dengan pesawat EK 346 (pesawat Emirate UAE)

Turut hadir Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Abdul Aziz Zainal; Panglima Angkatan Udara, Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin; Timbalan Panglima Tentera Udara, Leftenan Jeneral Datuk Seri Bashir Abu Bakar dan Panglima Angkatan Bersama, Leftenan Jeneral Datuk Allatif Mohd. Noor.

Jenazah yang telah dimandikan dan dikafankan dengan kerjasama pihak Jabatan Agama Islam Uganda di Hospital Entebbe diiringi pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Congo, Leftenan Kolonel Mohamad Sediqi Abdul Wahid.

Allahyarham kemudian dibawa ke Masjid Kampung Sawah Sunggala, Teluk Kemang, Port Dickson untuk disembahyang dan dikebumikan di tanah perkuburan kampung itu dengan penuh adat istiadat ketenteraan.

Dala pada itu Ahmad Zahid berterima kasih kepada Konsul Jeneral Kehormat Congo dan pihak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kerana membantu mempercepatkan pengurusan jenazah untuk dibawa pulang ke tanah air.

"Saya juga berharap petugas misi keamanan sama ada di Congo atau Lebanon agar meneruskan tugas dan tidak patah semangat walaupun sedih dengan kematian rakan mereka'" katanya.

Allahyarham Mohd. Shafie yang bertugas di bawah panji PBB meninggalkan seorang balu, Siti Zaharah Omar serta enam orang anak, Siti Fatin Adibah, 20; Siti Aisyah, 19; Mohamad Syarifudin, 18; Mohamad Syahrizam, 13; Mohamad Syahrizal, 10 dan Siti Zarith Sofea, sembilan tahun.

Sementara itu, Mohamad Syarifudin yang ditemui bertekad mahu meneruskan perjuangan bapanya dalam bidang ketenteraan berdasarkan minat yang mendalam sejak kecil lagi.

"Saya akan ikut jejak langkah ayah menjadi seorang tentera. Walaupun kematiannya amat mengejutkan kami sekeluarga namun saya tidak akan patah semangat," katanya mengenangkan janji bapanya yang tidak kesampaian untuk membawa keluarganya bercuti di Pulau Perhentian apabila pulang bertugas.
zoomzedhttp://www.blogger.com/profile/14702663612533107502noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8495769536432131602.post-46229499501385096702009-04-13T10:05:00.002+08:002009-04-13T10:23:37.004+08:00TENTERA WATANIAH DI SEMUA KAWASAN PARLIMEN - ZAHID

BAGAN DATOH 12 April - Kementerian Pertahanan akan menubuhkan satu batalion Tentera Wataniah di kesemua 222 kawasan Parlimen dalam usaha memantapkan sisten pertahanan bagi seluruh negara, kata Menteri berkenaan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata pasukan pertahanan itu akan mengandungi 300 anggota bagi setiap platun yang terdiri pelbagai kaum dan bilangan anggota secara keseluruhan dijangka 600,000 dalam tempoh lima tahun akan datang.

"Penubuhan Tentera Wataniah adalah sebagai usaha untuk membantu angkatan tentera dalam menjalankan tugas keamanan negara," katanya kepada pemberita selepas majlis kesyukuran atas perlantikan beliau sebagai Menteri Pertahan di sini hari ini.

Katanya Kementerian itu juga akan mewujudkan persatuan bekas veteran tentera sebagai tanda penghargaan di atas perkhidmatan mereka dalam pasukan pertahanan pada masa lalu.

Beliau berkata kementerian akan mewujudkan dana kebajikan bagi tujuan membantu meringankan beban bekas tentera yang hidup dalam keadaan serba kekurangan.

Ahmad Zahid berkata kementerian juga akan bekerjasama dengan Kementerian Pelajaran untuk menambahkan lagi jumlah pasukan kadet tentera di sekolah supaya pelajar dapat diberi pendedahan awal mengenai pasukan pertahanan selain membina semangat patriotisme di kalangan mereka.

Terdahulu dalam ucapannya, beliau mengumumkan penubuhan satu batalion Kem Tentera di kawasan seluas 80 hektar berhampiran Ladang Jenderata di Hutan Melintang di sini serta sebuah pangkalan mini Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Jeti Bagan Datoh

zoomzedhttp://www.blogger.com/profile/14702663612533107502noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8495769536432131602.post-14538871193218927512009-04-01T10:26:00.001+08:002009-04-01T10:30:23.443+08:00AHMAD ZAHID JANJI SELESAI ISU BERKAITAN ISLAM

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi jaminan akan berusaha menyelesaikan semua isu berkaitan agama Islam dalam negara yang dibangkitkan oleh perwakilan pada Perhimpunan Agung Umno 2008. Beliau yang baru dilantik ke jawatan Naib Presiden Umno berkata, selagi diberi kepercayaan oleh Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak untuk menerajui portfolio agama, beliau akan berusaha menunaikan tangungjawab menangani isu itu dengan hati rela. Dalam ucapannya semasa menggulung perbahasan di sini hari ini, beliau turut mengingatkan semua pihak supaya jangan mencabar umat Islam sehingga menimbulkan kemarahan mereka.

Antara isu agama yang dibangkitkan sepanjang perhimpunan agung Umno 2008 yang berakhir hari ini ialah berhubung penggunaan kalimah Allah, isu akidah, isu industri halal, isu perundangan Islam, isu institusi kekeluargaan dan isu pendidikan agama Islam. Sebagai Naib Presiden baru, Ahmad Zahid juga berikrar memberi sokongan padu kepada Najib dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam menerajui parti dan negara. Beliau seterusnya mengingatkan perwakilan pada perhimpunan itu yang begitu gembira kerana memperolehi presiden dan timbalan presiden baru, agar tidak melupakan bekas presiden parti Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

"Dalam bersorak kegembiraan kerana ada presiden dan timbalan presiden baru yang menjadi imam besar dan timbalan imam besar, jangan kita lupa imam besar lama kita, Pak Lah (Abdullah), kita terhutang budi kepada Pak Lah," katanya. Beliau seterusnya meminta para perwakilan untuk sama-sama berdiri memberi perhormatan kepada Abdullah, Najib, Muhyiddin serta semua barisan kepimpinan baru Umno. Ahmad Zahid turut mengajak semua perwakilan sama-sama berdiri memberi penghormatan kepada Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang dianggapnya cukup tabah dan cekal menghadapi tindakan Lembaga Disiplin yang melarangnya daripada bertanding ke jawatan Timbalan Presiden Umno. - Bernama

zoomzedhttp://www.blogger.com/profile/14702663612533107502noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8495769536432131602.post-3906254192625121632009-03-27T10:00:00.001+08:002009-03-27T10:02:54.186+08:00MAJLIS PEGUAM USAH CABAR ISLAM

Tinjauan pendapat kalimah Allah dalam laman web timbul kemarahan: Zahid

KUALA LUMPUR: Majlis Peguam Malaysia semalam, diberi amaran terakhir supaya tidak terus mencabar kesabaran umat Islam apabila mengadakan tinjauan pendapat berhubung isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam dalam laman webnya. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata majlis itu sepatutnya menghormati perkara itu kerana kes itu masih dalam semakan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan Kabinet juga mengarahkan semua pihak menghentikan membincangkan isu itu.

Katanya, beliau juga sudah menyatakan di Parlimen isu itu tidak boleh dijadikan bahan perbincangan dan tindakan Majlis Peguam mendapatkan maklum balas mengenai perkara itu menerusi laman webnya disifatkan tidak bijak. "Saya nak beri amaran terakhir kepada Majlis Peguam Malaysia dan harap mereka sebagai peguam profesional dan peguam sivil, menghormatinya. Kalimah Allah bukan sesuatu yang boleh dibuat tinjauan (pendapat) dan ia seolah-olah mencabar (perasaan dan kesabaran) orang Islam. "Jangan bermain api dengan orang Islam dan saya harap sikap kita (umat Islam) menghormati agama lain harus juga diterjemah oleh mereka untuk menghormati agama Islam.

"Jadi, saya harap selepas ini tidak ada lagi individu atau organisasi mempersoalkan isu ini dan menghormati keputusan Majlis Raja-Raja Melayu mengenai larangan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam dan kerajaan negeri yang juga sudah lama mewartakan perkara itu, dihormati sepenuhnya." katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pecah tanah pembinaan Sekolah Menengah Imtiaz Majlis Agama Wilayah Persekutuan di Setiawangsa di sini. Ditanya adakah Majlis Peguam akan dipanggil untuk memberi penjelasan, Ahmad Zahid berkata, kerajaan tidak perlu memanggil badan itu. "Hal ehwal Islam adalah di bawah bidang kuasa Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu dan kalau mereka mempertikaikan ertinya secara tidak langsung mempertikaikan kuasa Raja-Raja Melayu. "Mereka jangan marah kalau menerima kebangkitan perasaan marah orang Islam," katanya.

Beliau juga menyokong langkah Majlis Agama Islam Selangor (Mais) mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap Majlis Peguam berhubung perkara itu. Diminta mengulas larangan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz, supaya masjid dalam pengurusan Jakim tidak digunakan untuk bersumpah mubahalah bagi menyelesaikan pertelingkahan berkaitan politik dan parti, beliau berkata, institusi itu seharusnya bebas daripada kekangan pengaruh politik dan kepartian. Katanya, masjid tempat penyatuan umat dan mengukuhkan martabat Islam selain tempat umat Islam menzahirkan keimanan kepada Allah. "Cari masjid lainlah... bukan Masjid Negara, Masjid Wilayah Persekutuan atau Masjid Putra (untuk bersumpah mubahalah)," katanya.

zoomzedhttp://www.blogger.com/profile/14702663612533107502noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8495769536432131602.post-10241079340603258122009-03-27T09:30:00.002+08:002009-03-27T09:36:42.598+08:00ZAHID, HISHAMMUDDIN, SHAFIE MENANG NAIB PRESIDEN
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan dan Datuk Seri Shafie Apdal dipilih Naib Presiden Umno yang baru. Ahmad Zahid memperoleh undi terbanyak dengan 1,592 undi, Hishammuddin (1,515) manakala Shafie (1,445) dalam pertandingan lapan penjuru itu. Calon lain ialah Datuk Seri Mohamed Khalid Nordin; Datuk Seri Dr Rais Yatim; Tan Sri Mohd Isa Samad; Datuk Seri Syed Hamid Albar; dan Tan Sri Rahim Tamby Chik.
zoomzedhttp://www.blogger.com/profile/14702663612533107502noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8495769536432131602.post-39708547327667283332009-03-23T08:50:00.000+08:002009-03-23T08:51:40.852+08:00TATAETIKA AHLI UMNO DIKAJI SEMULA

KUALA LUMPUR: Pemantauan terhadap tataetika ahli Umno oleh Lembaga Disiplin perlu dikaji semula dengan peraturan yang lebih telus diperkenalkan supaya tidak dilihat menganiaya seseorang atau calon tertentu. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata peraturan lebih telus akan dihormati semua pihak termasuk calon bertanding. "Kita menghormati organisasi di dalam dan luar Umno yang memantau hal ehwal etika pemilihan parti.

"Dengan rasa hormat, saya berasa ramai memandu terlalu laju di lebuh raya, tetapi ramai yang tidak memakai tali pinggang dan melebihi had laju selalu terlepas. "Tetapi bila ada perangkap had laju, ada kena," katanya selepas merasmikan majlis serah tugas pengurusan Islam Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) kepada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), di sini, semalam. Bagaimanapun, Ahmad Zahid tidak memperjelaskan maksud kata-katanya itu.

Beliau mengulas tindakan Lembaga Disiplin yang melarang calon Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, daripada bertanding kerana mendapati terbabit dengan politik wang. Lembaga Disiplin juga mendapati calon Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, bersalah atas kesalahan yang sama, tetapi hanya diberi amaran sekali gus masih boleh bertanding. Seorang lagi calon Ketua Pemuda, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo yang turut disiasat atas tuduhan sama, didapati tidak bersalah. Ahmad Zahid berkata, beliau berpendapat tidak akan berlaku perpecahan dalam Umno berikutan tindakan terhadap Mohd Ali itu.

"Kita harus nilai sesuatu hukuman itu daripada sudut positif dan saya lebih menjuruskan kepada perkara itu ada hikmahnya yang kita tidak tahu sekarang, tetapi kita akan mengetahui kemudian," katanya.

zoomzedhttp://www.blogger.com/profile/14702663612533107502noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8495769536432131602.post-90926015433165423972009-03-23T08:34:00.001+08:002009-03-23T08:50:05.832+08:00MAJLIS PEGUAM USAH CABAR ISLAM

KUALA LUMPUR: Majlis Peguam Malaysia semalam, diberi amaran terakhir supaya tidak terus mencabar kesabaran umat Islam apabila mengadakan tinjauan pendapat berhubung isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam dalam laman webnya. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata majlis itu sepatutnya menghormati perkara itu kerana kes itu masih dalam semakan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan Kabinet juga mengarahkan semua pihak menghentikan membincangkan isu itu. Katanya, beliau juga sudah menyatakan di Parlimen isu itu tidak boleh dijadikan bahan perbincangan dan tindakan Majlis Peguam mendapatkan maklum balas mengenai perkara itu menerusi laman webnya disifatkan tidak bijak.

“Saya nak beri amaran terakhir kepada Majlis Peguam Malaysia dan harap mereka sebagai peguam profesional dan peguam sivil, menghormatinya. Kalimah Allah bukan sesuatu yang boleh dibuat tinjauan (pendapat) dan ia seolah-olah mencabar (perasaan dan kesabaran) orang Islam. “Jangan bermain api dengan orang Islam dan saya harap sikap kita (umat Islam) menghormati agama lain harus juga diterjemah oleh mereka untuk menghormati agama Islam. “Jadi, saya harap selepas ini tidak ada lagi individu atau organisasi mempersoalkan isu ini dan menghormati keputusan Majlis Raja-Raja Melayu mengenai larangan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam dan kerajaan negeri yang juga sudah lama mewartakan perkara itu, dihormati sepenuhnya.” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pecah tanah pembinaan Sekolah Menengah Imtiaz Majlis Agama Wilayah Persekutuan di Setiawangsa di sini.

Ditanya adakah Majlis Peguam akan dipanggil untuk memberi penjelasan, Ahmad Zahid berkata, kerajaan tidak perlu memanggil badan itu. “Hal ehwal Islam adalah di bawah bidang kuasa Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu dan kalau mereka mempertikaikan ertinya secara tidak langsung mempertikaikan kuasa Raja-Raja Melayu. “Mereka jangan marah kalau menerima kebangkitan perasaan marah orang Islam,” katanya. Beliau juga menyokong langkah Majlis Agama Islam Selangor (Mais) mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap Majlis Peguam berhubung perkara itu.

Diminta mengulas larangan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz, supaya masjid dalam pengurusan Jakim tidak digunakan untuk bersumpah mubahalah bagi menyelesaikan pertelingkahan berkaitan politik dan parti, beliau berkata, institusi itu seharusnya bebas daripada kekangan pengaruh politik dan kepartian. Katanya, masjid tempat penyatuan umat dan mengukuhkan martabat Islam selain tempat umat Islam menzahirkan keimanan kepada Allah. “Cari masjid lainlah... bukan Masjid Negara, Masjid Wilayah Persekutuan atau Masjid Putra (untuk bersumpah mubahalah),” katanya.

zoomzedhttp://www.blogger.com/profile/14702663612533107502noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8495769536432131602.post-79112895168126002422009-03-23T08:31:00.003+08:002009-03-23T08:33:46.937+08:00KURIKULUM TADIKA DI SELARAS
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menyelaras kurikulum tadika Islam di seluruh negara bagi mengelakkan golongan tertentu melakukan penyelewengan minda terhadap kanak-kanak. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerajaan akan membawa cadangan itu kepada Majlis Raja-Raja dalam tempoh dua bulan bagi mendapat perkenan. "Apabila piawaian kurikulum diselaraskan, tadika Islam di seluruh negara akan menggunakan teks dan sistem pendidikan yang sama.

"Kita juga akan memberi latihan kursus dalam cuti kepada tenaga pengajar dan harapan kita dalam masa lima tahun ini, sistem pendidikan tadika Islam di seluruh negara akan diselaraskan," katanya dalam sidang media selepas merasmikan majlis serah tugas pengurusan Islam Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) kepada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), di sini semalam. Beliau berkata, kerajaan menyedari ada parti politik menubuhkan tadika Islam dan menghasut kanak-kanak membenci kerajaan walhal pada usia muda mereka sepatutnya dibimbing dan diberi ilmu pengetahuan.

Ahmad Zahid berkata, bagi memartabatkan tadika Islam, kerajaan menggantikan elaun tenaga pengajar dengan gaji bulanan berkuat kuasa Januari lalu. "Sebelum ini, guru tadika Islam hanya memperoleh elaun bulanan RM150 dan RM540, tetapi kini mendapat gaji bulanan RM1,200 hingga RM2,500," katanya. Sementara itu, beliau berkata, kerajaan akan mengadakan perhimpunan besar-besaran membabitkan 5,600 pelajar tadika Islam Wilayah Persekutuan di Dataran Merdeka, dalam masa terdekat. Seramai 15,000 akan hadir termasuk, pelajar, guru dan ibu bapa dalam pertemuan itu. Ikon anak muda, pengacara Aznil Nawawi dan penyanyi, Mawi turut memeriahkan majlis itu.
zoomzedhttp://www.blogger.com/profile/14702663612533107502noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8495769536432131602.post-60238165483950598722009-03-13T08:11:00.001+08:002009-03-13T08:14:19.230+08:00BAYAR ZAKAT MENERUSI POTONGAN GAJI DI WILAYAH PERSEKUTUAN

KUALA LUMPUR: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) serta Jabatan Wakaf Zakat dan Haji (Jawhar) sedang menggubal Rang Undang-undang Zakat dan Fitrah (Wilayah-wilayah Persekutuan) yang membolehkan kakitangan awam membayar zakat menerusi potongan gaji. Menteri di Jabatan

Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata apabila rang undang-undang itu dibentang dan diluluskan Parlimen kelak, pembayaran zakat melalui potongan gaji boleh dilakukan di Wilayah-wilayah Persekutuan. "Tindakan yang sama juga boleh dilakukan di peringkat negeri dengan menggubal peruntukan undang-undang sama untuk diluluskan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing," katanya ketika menjawab soalan Datuk Lilah Yasin (BN-Jempol) pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Lilah ingin tahu sama ada kerajaan boleh menggubal undang-undang bagi membolehkan kakitangan awam membayar zakat melalui potongan gaji. Ahmad Zahid berkata, kerajaan Persekutuan tidak boleh mewajibkan kakitangan awam Islam membayar zakat melalui potongan gaji bulanan berikutan urusan zakat terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri. Beliau berkata, hal ehwal agama Islam termasuk urusan kutipan dan agihan zakat dikendalikan sepenuhnya oleh Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan di luar bidang kuasa kerajaan Persekutuan.

"Bagaimanapun, bagi meningkatkan jumlah pungutan zakat, beberapa MAIN sudah melaksanakan kaedah potongan gaji bulanan kakitangan awam Islam bagi membayar zakat pendapatan mereka. "Kaedah ini didapati bukan saja meningkatkan jumlah pungutan zakat malah memberi kemudahan kakitangan awam menunaikan kewajipan mereka," katanya.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, pungutan zakat di seluruh negara sejak 2005 hingga tahun lalu berjumlah RM2.9 bilion dengan nilai agihan sebanyak RM1.5 bilion bagi 2005 hingga 2007. "Selangor menjadi negeri paling tinggi kutipan zakatnya iaitu membabitkan jumlah kutipan RM739 juta (antara tahun 2005 hingga tahun lalu) diikuti Wilayah Persekutuan (RM662 juta), Johor (RM254 juta), Terengganu (RM200 juta) dan Kelantan (RM163 juta) bagi tempoh yang sama," katanya. - Bernama

zoomzedhttp://www.blogger.com/profile/14702663612533107502noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8495769536432131602.post-61904383456749195862009-03-11T08:40:00.003+08:002009-03-11T08:46:20.700+08:00MAULIDUR RASUL DISAMBUT MERIAH
KUALA LUMPUR 9 Mac - Majlis sambutan Maulidur Rasul diperingati di seluruh negara hari ini dengan acara Peringkat Kebangsaan berlangsung di Dataran Merdeka di sini.Sambutan kali ini yang bertemakan Wahdah Pemangkin Khaira Ummah dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.Turut hadir ialah Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sambutan bermula dengan perarakan sambil berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang terdiri daripada kontinjen jabatan kerajaan, swasta, pertubuhan bukan kerajaan, sekolah, institusi pengajian tinggi awam dan institut latihan dan wakil masjid membabitkan kira-kira 100,000 peserta.

Di SEREMBAN, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir mengetuai lebih 9,000 peserta perarakan Maulidul Rasul peringkat negeri di padang Majlis Perbandaran Seremban di sini pagi ini.

Sebanyak 62 kontinjen daripada jabatan dan agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) dan swasta serta orang ramai menyertai perarakan mengelilingi bandar ini sambil membawa sepanduk dan berselawat.

Terdahulu, Tuanku Muhriz dalam titahnya menyeru umat Islam di negeri ini supaya berazam menjadi anggota masyarakat yang beriman, berilmu dan berkemahiran serta taat menyempurnakan ajaran Islam dan juga sunah Rasulullah.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan pula mengingatkan umat Islam supaya memainkan peranan yang membina dan mengekalkan keimanan serta nilai kerohanian dan persaudaraan sejati agar dapat menyumbang secara positif kepada pembangunan ummah.

Di KUALA TERENGGANU, sambutan Maulidur Rasul dimulakan dengan perarakan sejauh 1.2 kilometer dari Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah ke Stadium Negeri di Jalan Sultan Mahmud. Sebanyak 92 kontinjen daripada jabatan kerajaan negeri dan Persekutuan, pasukan berunifom, pelajar sekolah, pertubuhan badan bukan kerajaan dan swasta melibatkan 3,680 orang mengambil bahagian dalam perarakan itu.

Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja Terengganu Tengku Sri Panglima Raja Tengku Badrulzaman Sultan Mahmud berkenan merasmikan sambutan itu di Stadium Negeri dan melancarkan Bulan Dakwah peringkat negeri.

Di ALOR SETAR, Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah menyeru umat Islam kembali kepada penghayatan ajaran agama dalam menghadapi kesukaran dan mengabdikan diri sepenuhnya kepada Allah S.W.T."Ombak perpecahan agak mengganas, namun umat Islam perlu bangun berpasakkan keyakinan dengan janji pasti Allah melalui lidah Rasulullah, bahawa Islam sentiasa berada di puncak keagungan.

"Pakej kehidupan tidak akan harmonis jika tersilap tafsir apa erti agama, tidak menghayati keagungan sunah dan menyisih serta meminggirkannya dari kehidupan," titah baginda pada majlis pelancaran sambutan peringkat negeri di Kolej Universiti Insaniah, di sini hari ini.

Di KOTA KINABALU, lebih 7,000 umat Islam menyertai Yang Dipertua Negeri Tun Ahmadshah Abdullah dalam perarakan dari Padang Merdeka ke Bangunan Majlis Ugama Islam (Muis) di Sembulan, dekat sini.
Sebanyak 83 kontinjen dari jabatan dan agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) dan swasta serta orang ramai menyertai perarakan itu sambil membawa sepanduk dan berselawat.

Di KOTA BHARU, Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra berangkat menyertai sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri yang diadakan di Masjid Muhammadi di sini, malam tadi.
Baginda sebelum itu mendengar ceramah keagamaan sebelum bersama-sama lebih 1,000 jemaah menunaikan solat Isyak. - Bernama
zoomzedhttp://www.blogger.com/profile/14702663612533107502noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8495769536432131602.post-80598030779563376852009-03-10T11:28:00.003+08:002009-03-10T11:33:22.459+08:00EMPAT NEGERI WARTA PENGGUNAAN 'ALLAH' IKUT GARIS PANDUAN

KUALA LUMPUR: Empat negeri yang belum mewartakan larangan penggunaan perkataan 'Allah, Baitullah, solat dan Kaabah' dalam sebarang bentuk penerbitan bukan Islam akan melaksanakannya dalam waktu terdekat, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata, pewartaan itu akan dibuat mengikut garis panduan yang dikeluarkan Majlis Raja-raja Melayu berikutan negeri-negeri berkenaan iaitu Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan, Sabah dan Sarawak tidak mempunyai raja.

"Pewartaan itu akan dibuat kemudian. Ia di bawah (Yang di-Pertuan) Agong dan ini akan dilakukan dalam waktu terdekat...Kerana negeri-negeri ini tidak beraja," katanya selepas majlis Sambutan Maulidur Rasul 1430Hijrah/2009 Masehi di sini, hari ini.

Sebelum ini, Penasihat Agama Perdana Menteri, Datuk Dr Abdullah Md Zin dilaporkan berkata, bahawa majlis agama Islam negeri boleh mengambil tindakan terhadap pihak yang menggunakan perkataan 'Allah, Baitullah, solat dan Kaabah' dalam sebarang bentuk penerbitan bukan Islam. Beliau berkata, ia diputuskan Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan sebelum ini dan sudah diwartakan di 10 negeri kecuali Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak. Isu penggunaan perkataan 'Allah' timbul selepas akhbar mingguan Herald Catholic bertindak menggunakan perkataan itu dalam edisi terbitan bahasa Malaysianya.

Ahmad Zahid pula semasa menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah ucapan Diraja di Dewan Rakyat Khamis lalu, berkata walaupun kes perbicaraan permohonan kerajaan dan tujuh Majlis Agama Islam dan Persatuan Saudara Baru Islam (MACMA) untuk merujuk kes itu ke Mahkamah Persekutuan kerana membabitkan Perlembagaan Persekutuan, 10 negeri sudah mewartakan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan itu.

Beliau dipetik sebagai berkata, ia juga membabitkan kuasa Raja dan Sultan sebagai Ketua Agama Islam dan ia turut diserahkan kepada Majlis Raja-raja untuk diputuskan. Ahmad Zahid juga dipetik sebagai berkata, keputusan 10 negeri itu tertakluk di bawah Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam yang dibuat di bawah Perkara 11(4), Perlembagaan Persekutuan. - Bernama

zoomzedhttp://www.blogger.com/profile/14702663612533107502noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8495769536432131602.post-4879339276982000282009-03-10T11:25:00.002+08:002009-03-10T11:28:54.857+08:00GUNA NAMA 'ALLAH' UNTUK BUKAN ISLAM CETUS KELIRU

Penjelasan Ahli Parlimen Baling sama dengan pegangan Jakim

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Baling daripada Pas, Taib Azamudden Md Taib mempunyai pandangan berbeza dengan Mursyidul Am parti itu, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat berhubung penggunaan perkataan 'Allah' oleh penganut agama bukan Islam. Beliau yang memberi penjelasan panjang lebar mengenai isu itu pada sidang Dewan Rakyat semalam, berkata penggunaan perkataan itu oleh agama lain di negara ini boleh menimbulkan kekeliruan.
Namun, bekas Imam Besar Masjid Negara itu berkata pendiriannya bukan mewakili parti, sebaliknya berlandaskan kesucian Islam.

Beliau memberi penjelasan itu selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberinya peluang menyatakan pendiriannya. Ahmad Zahid berbuat demikian ketika menggulung perbahasan titah diraja bagi Jabatan Perdana Menteri selepas dua Ahli Parlimen daripada Pas berhujah perkataan Allah patut dibenarkan diguna agama lain. "Dalam konteks Malaysia, ia akan menyebabkan kekeliruan kepada anak-anak dan keturunan kita akan datang, tidak sama seperti di Eropah atau tempat lain.

"Contohnya, (boleh berlaku) jika kita tanya penganut agama lain ke mana dia hendak pergi, mereka (boleh) kata nak sembah Allah... kita tanya Sri Gading (Ahli Parlimen Seri Gading, Datuk Seri Mohamad Aziz) juga kata nak sembah Allah," kata Taib Azamudden. Taib Azamudden juga menjelaskan mengenai Allah dalam Islam serta dalam agama lain seperti Yahudi dan Kristian yang menyifatkan Allah mempunyai anak, sedangkan konsep ketuhanan dalam Islam adalah tauhid.

Ahmad Zahid kemudian berkata, penjelasan Taib Azamudden itu adalah pegangan kerajaan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Majlis Fatwa Kebangsaan serta sebahagian besar rakyat Malaysia. Katanya, pada masa ini 10 negeri sudah mewartakan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung isu itu kecuali Pulau Pinang, Sabah, Wilayah Persekutuan dan Sarawak.

zoomzedhttp://www.blogger.com/profile/14702663612533107502noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8495769536432131602.post-77759770628636908872009-03-05T09:12:00.001+08:002009-03-05T09:23:02.453+08:00PUSAT PENYELIDIKAN HADIS DITUBUHKAN

Kerajaan lulus geran RM1 juta: Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju menubuhkan Pusat Penyelidikan Hadis atau Darul Hadis sebagai pusat pengumpulan setempat sumber hadis dari seluruh pelosok dunia, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Serentak itu, kerajaan meluluskan geran awal RM1 juta daripada Yayasan Dakwah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bagi tujuan itu dan meminta institusi pengajian tinggi awam (IPTA) membantu rancangan penubuhan Darul Hadis itu.

"Darul Hadis boleh dijadikan pusat pengumpulan setempat semua sumber hadis dari seluruh pelosok dunia dan melaksanakan aktiviti penterjemahan kitab terulung itu ke bahasa Melayu "Pengurusan pengumpulan hadis yang cekap akan disediakan dan semua hadis dikumpul akan didokumentasi secara sistematik.

Darul Hadis akan berfungsi sebagai pusat membekalkan ilmu hadis daripada pelbagai lapangan untuk keperluan awam," katanya pada majlis perasmian Seminar Takhrij Hadis Peringkat Kebangsaan 2009 dan Pelancaran Permuafakatan Alumni Timur Tengah dan Alumni Pengajian Islam Malaysia di Masjid Wilayah Persekutuan di sini, semalam. Ahmad Zahid berkata, Darul Hadis juga akan menjadi tempat menghimpunkan semua pakar hadis dari seluruh Malaysia dan berbincang dengan ahli hadis serta fuqaha seluruh dunia.

Beliau juga mengingatkan perbezaan pendapat berkaitan agama tidak wajar dibahaskan secara terbuka, termasuk menerusi media dan semua pihak, termasuk bukan Islam perlu memahami kedudukan Islam dalam Perlembagaan sebagai agama rasmi Persekutuan, tetapi hak agama lain dihormati. Katanya, isu Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang dikatakan mahu menubuhkan Majlis Perundingan Silaturahim Antara Agama perlu diberi perhatian kerana boleh menimbulkan ketegangan rakyat.
zoomzedhttp://www.blogger.com/profile/14702663612533107502noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8495769536432131602.post-78341963281311894382009-03-05T09:10:00.001+08:002009-03-05T09:12:39.601+08:00BATAL PEWARTAAN GUNA PERKATAAN 'ALLAH' TEPAT: ZAHID

KOTA KINABALU: Langkah Kementerian Dalam Negeri (KDN) membatalkan serta-merta pewartaan perintah yang membenarkan penggunaan perkataan 'Allah' dalam penerbitan agama Kristian adalah tepat untuk mengelakkan kekeliruan masyarakat pelbagai agama. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata perbezaan intepretasi di kalangan masyarakat, terutama bukan Islam terhadap pewartaan perintah itu sekarang sudah diperbetulkan melalui langkah berkenaan.

Sambil menyambut baik langkah itu, beliau mengingatkan pihak terbabit dalam penerbitan agama Kristian supaya menunggu keputusan Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) berhubung perkara berkenaan.

"Langkah membatalkan pewartaan itu satu langkah baik kerana ketika mewartakannya, satu kesilapan sudah dilakukan terhadap keputusan Kabinet yang dibuat pada 1986. "Kesilapan itu tidak mematuhi keputusan Kabinet," katanya ketika ditemui selepas majlis ramah mesra calon Timbalan Presiden, Naib Presiden dan Majlis Tertinggi (MT) Umno di Bangunan Umno Sabah, di sini hari ini. Zahid bagaimanapun enggan mengulas bagaimana kesilapan itu boleh berlaku.

Semalam, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar, membatalkan serta-merta pewartaan perintah yang membenarkan penggunaan perkataan `Allah' dalam penerbitan agama Kristian. Berikutan itu, Herald-The Catholic Weekly dilarang menggunakan perkataan Allah dalam penerbitannya, sehingga keputusan mengenainya dibuat Mahkamah Tinggi.

zoomzedhttp://www.blogger.com/profile/14702663612533107502noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8495769536432131602.post-10351512615977658882009-03-03T08:30:00.000+08:002009-03-03T08:33:04.791+08:00SULTAN KELANTAN DUKACITA

KOTA BHARU 2 Mac – Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra dukacita dengan perpecahan umat Islam yang semakin buruk ketika ini. Baginda turut menyifatkan perkembangan yang berlaku sebagai ‘putaran ganas dan membara dalam masyarakat’ yang perlu ditangani secepat mungkin.

Titah baginda, perpecahan yang semakin ketara di kalangan umat Islam cukup mencemaskan dan perlu diberi perhatian oleh semua pihak agar tidak mendatangkan masalah yang lebih besar kepada negara. “Akhir-akhir ini umat Islam berdepan dengan pelbagai cabaran, ujian dan percubaan, termasuk isu-isu politik, ekonomi, sosial dan keruntuhan akhlak terutama di kalangan remaja.

“Perpecahan yang sangat ketara di kalangan umat Islam cukup cemas dan mendukacitakan. Beta merasakan situasi sebegini merupakan detik pahit yang memerlukan penyelesaian segera oleh umat Islam yang berfikiran matang, insaf dan sedar,” titah baginda.
Baginda bertitah ketika melancarkan Sambutan Bulan Dakwah Peringkat Negeri Kelantan di Balai Islam Lundang di sini malam tadi. Turut berangkat Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid.

Hadir sama Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Datuk Mohd. Nakhaie Ahmad.

Pada program yang bertemakan Wahdah Pemangkin Khaira Ummah itu, Ahmad Zahid menyampaikan replika cek bernilai RM160,750 kepada Nik Abdul Aziz sebagai simbol sumbangan JPM melalui Yadim kepada kerajaan negeri ini untuk menjalankan aktiviti sepanjang bulan tersebut. Tuanku Ismail bertitah, penganjuran bulan dakwah itu perlu digunakan sebaik mungkin untuk mengatasi masalah perpecahan di kalangan umat Islam dan mengukuhkan lagi perpaduan.

Baginda berharap agenda perpaduan ditekankan pada bulan ini agar permasalahan tidak terus menjadi ‘putaran ganas dan membara dalam masyarakat’.“Usaha dan cara berdakwah perlu diubah dengan menggunakan pendekatan terkini, dakwah kontemporari amat penting dalam usaha kita mendekati semua golongan terutama remaja yang semakin menjauhkan diri.
“Bagi menyemarakkan kegiatan dakwah, menjadi harapan beta supaya kesedaran dakwah di kalangan anggota masyarakat Islam disemarakkan sesuai dengan perkembangan semasa umat Islam dan perkembangan global,” titah baginda.

Baginda bertitah, perkara pokok yang perlu diberi penekanan ialah sasaran dakwah kepada dua kelompok utama iaitu di kalangan sesama muslim dan masyarakat di luar Islam bagi mengelak prasangka buruk.Bagi memastikan usaha dakwah lebih berkesan, baginda mahu umat Islam menguasai ilmu pengetahuan yang dapat disesuaikan dengan perkembangan semasa supaya ia mudah difahami oleh semua golongan.“Malah perlu diingatkan umat Islam perlu berada di tengah gelanggang dengan menampilkan kejayaan yang boleh dicontohi oleh orang bukan Islam,” titah baginda.

zoomzedhttp://www.blogger.com/profile/14702663612533107502noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8495769536432131602.post-83965171120641808442009-02-27T08:47:00.001+08:002009-02-27T08:48:32.752+08:00TABUNG HAJI UMUM 5 PERATUS DIVIDEN
KUALA LUMPUR: Tabung Haji hari ini mengumumkan kadar dividen lima peratus bagi tahun kewangan 2008, membabitkan peruntukan RM906 juta kepada pendepositnya. Perkara itu diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada sidang akhbar di sini, petang ini.
zoomzedhttp://www.blogger.com/profile/14702663612533107502noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8495769536432131602.post-7070872838429752252009-02-27T08:40:00.000+08:002009-02-27T08:41:53.003+08:00GUAN ENG SEDIA JUMPA ZAHID

GEORGETOWN: Kerajaan Pulau Pinang sedia memberi penjelasan dan berbincang dengan Kerajaan Pusat berhubung isu penubuhan Majlis Silaturrahim Antara Agama di negeri ini. Ketua Menteri, Lim Guan Eng, berkata pihaknya sentiasa terbuka dan menyambut baik kesediaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk bertemu dengannya bagi mengetahui hal sebenar berhubung isu itu.

"Saya tiada masalah untuk bertemu dengan beliau (Dr Ahmad Zahid) bagi menjelaskan perkara sebenar dan pendirian kita berhubung isu berkenaan keranasaya tidak pernah menghina Islam seperti yang dilaporkan akhbar Utusan Malaysia itu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program amal merdeka di sebuah hospital swasta di sini , hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai hasrat zahid yang akan menemuinya dan juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) Shabudin Yahaya minggu depan bagi mendengar penjelasan mereka berhubung isu berkenaan. - Bernama

zoomzedhttp://www.blogger.com/profile/14702663612533107502noreply@blogger.com0