KUALA LUMPUR 23 Feb. - Pendekatan dan penyebaran dakwah secara konvensional tidak boleh lagi bertumpu kepada golongan agama dan di masjid sahaja. Perubahan radikal perlu dilakukan bagi memastikan agar tanggungjawab berdakwah mampu dipikul oleh semua melalui kaedah teori dan praktikal yang lebih mudah difahami dan diterima masyarakat. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, penganjuran semula Bulan Dakwah dengan format baru selepas 30 tahun tidak disambut, mampu membentuk kefahaman mengenai agama Islam di kalangan masyarakat negara ini. Katanya, umat Islam perlu lari dari cara berdakwah konvensional iaitu menjadikan masjid, surau atau forum untuk berdakwah dan perlu berani meneroka pendekatan atau kaedah baru. "Kita perlu lihat pendekatan dakwah daripada perspektif yang lebih luas kerana gerakan dakwah bukan hanya tanggungjawab satu golongan sahaja tetapi semua umat Islam. "Malah, dakwah tidak memerlukan tindakan yang ekstrem, cuma amalan biasa yang dilakukan seperti bersedekah dan bantu-membantu yang jelas memberikan mesej bahawa Islam itu indah," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melepaskan 200 peserta program Kembara Dakwah 2009 di perkarangan Masjid Negara di sini hari ini. Program tersebut merupakan antara salah satu program sempena Bulan Dakwah yang berlangsung dari 15 Februari hingga 31 Mac depan. Turut hadir Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Datuk Mohd. Nakhaie Ahmad. Menurut Ahmad Zahid, penekanan terhadap aspek kefahaman sangat penting demi mengekalkan keharmonian antara kaum seterusnya membentuk pemikiran umat yang progresif. Selain itu, umat Islam perlu melihat pendekatan dakwah daripada perspektif yang lebih luas kerana gerakan dakwah bukan hanya tanggungjawab satu golongan sahaja tetapi semua umat Islam. |
Tuesday, February 24, 2009
DAKWAH PERLU PERUBAHAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment