Foto : Datuk Seri Dr Zahid mengunjungi Datuk Seri Hadi Awang di hotel penginapannya.
Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang mendakwa mendapat jemputan mengerjakan haji dari kerajaan Arab Saudi. Tetapi kerana dokumen tidak lengkap beliau dilaporkan tersangkut di Jeddah beberapa hari dan tidak dapat masuk ke Makkah.Hasil bantuan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, beliau dan Ketua Dewan Pemuda PAS Salahuddin Ayub serta beberapa pemimpin PAS yang lain dapat masuk ke Makkah dengan menggunakan kenderaan yang disediakan oleh Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid. Namun ketika ditanya wartawan mengenai perkara itu beliau segera menafikan ’tersangkut’ . Sebaliknya beliau berterima kasih kepada kerajaan Arab Saudi, kedutaan Arab Saudi di Kuala Lumpur dan kedutaan Brunei.
Namun bagi Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid , bantuan yang diberi adalah kerana Allah tanpa mengira perbezaan fahaman politik.

No comments:
Post a Comment