KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan mempergiatkan usaha memberi penerangan kepada umat Islam di negara ini berhubung pengharaman amalan yoga, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. “Ekoran ramai pihak mempertikai mengapa amalan yoga diharamkan, maka Jakim sedang berusaha gigih memberi penerangan kepada masyarakat melalui siri penerangan agar pemahaman yang jitu dapat disampaikan kepada seluruh masyarakat Islam,” katanya menggulung Rang Undang-Undang Perbekalan 2009 bagi kementeriannya di Dewan Negara. Ahmad Zahid berkata, isu itu dibangkitkan kerana pemahaman masyarakat terhadap penyelewengan akidah melalui yoga belum menyeluruh.
“Tidak perlulah memperbesar-besarkan isu ini, ia hanya perkara kecil. Pengharaman ini dibuat kerana kita mendapati ada penyelewengan akidah Islam melalui amalan yoga,” katanya. Majlis Fatwa Kebangsaan mengharam amalan yoga kerana mendapati senaman yoga mengandungi unsur agama tertentu, mantera dan pemujaan yang bertentangan dengan Islam. - Bernama
No comments:
Post a Comment