Friday, February 27, 2009

GUAN ENG SEDIA JUMPA ZAHID

GEORGETOWN: Kerajaan Pulau Pinang sedia memberi penjelasan dan berbincang dengan Kerajaan Pusat berhubung isu penubuhan Majlis Silaturrahim Antara Agama di negeri ini. Ketua Menteri, Lim Guan Eng, berkata pihaknya sentiasa terbuka dan menyambut baik kesediaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk bertemu dengannya bagi mengetahui hal sebenar berhubung isu itu.

"Saya tiada masalah untuk bertemu dengan beliau (Dr Ahmad Zahid) bagi menjelaskan perkara sebenar dan pendirian kita berhubung isu berkenaan keranasaya tidak pernah menghina Islam seperti yang dilaporkan akhbar Utusan Malaysia itu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program amal merdeka di sebuah hospital swasta di sini , hari ini.


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai hasrat zahid yang akan menemuinya dan juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) Shabudin Yahaya minggu depan bagi mendengar penjelasan mereka berhubung isu berkenaan. - Bernama

No comments: