MAKKAH: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata beliau berpuas hati dengan langkah keselamatan yang disusun bagi jemaah haji Malaysia, terutama ketika wukuf di Arafah dan ibadah melontar di Mina. Beliau berkata, Tabung Haji menyusun jadual waktu yang selamat untuk jemaah melontar di ketiga-tiga tempat di Mina bagi mengelak kesesakan dan kejadian tidak diingini. “Kita juga berterima kasih kepada Kerajaan Arab Saudi kerana memperbaiki keselamatan di ketiga-tiga jamrah untuk mengelak kejadian rempuh,” katanya selepas melawat jemaah di Maktab 78, kelmarin. Beliau berkata, Tabung Haji juga mengeluarkan panduan keselamatan untuk jemaah di Padang Arafah ketika bergerak ke Muzdalifah dan Mina serta ketika kembali ke sini untuk melakukan tawaf dan saie. “Saya harap jemaah mematuhinya bagi mengelak sesat daripada khemah mereka,” katanya. Ahmad Zahid berkata, beliau juga berpuas hati dengan langkah keselamatan di bangunan penginapan jemaah, ketika mereka berada di Masjidil Haram dan bergerak dalam Kota Suci. |
Wednesday, December 3, 2008
KESELAMATAN JEMAAH MEMUASKAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment