
"Pemilihan tersebut amat tepat kerana masjid berkenaan menepati kriteria yang disyaratkan seperti mempunyai kemudahan prasarana mesra jemaah khususnya untuk Orang Kurang Upaya (OKU)."Selain itu, masjid ini berjaya menggerakkan pelbagai aktiviti dakwah, kebajikan dan juga ekonomi yang memberi manfaat kepada ummah," katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) Program Akuakultur antara Universiti Malaysia Sabah (UMS) Link dengan Masjid Bandaraya di sini semalam.
Perjanjian tersebut ditandatangani oleh Pengerusi UMS Link Holding Sdn. Bhd., Datuk KY Mustapha; wakil Naib Canselor UMS, Prof. Dr. Roslinah Ahmad Saufi; Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri (JHEAINS), Amri Suratman dan Timbalan Pengerusi Masjid Bandaraya, Ab. Jamal Tun Sakaran.
Turut hadir, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Wan Mohammad Abdul Aziz dan Menteri di Jabatan Ketua Menteri, Datuk Nasir Tun Sakaran.
Menurut Zahid, JHEAINS telah memainkan peranan besar bagi memastikan masjid di negeri ini khususnya Masjid Bandaraya menjadi sebuah institusi yang mesra rakyat.
"Kewujudan perkhidmatan klinik bergerak, mesin pengeluaran wang automatik (ATM), kolam ternakan ikan serta pusat kecemerlangan ilmu merupakan antara elemen penting menjadikan masjid ini menarik perhatian masyarakat sekali gus memberi input terhadap perancangan masjid hadhari," katanya.
Sementara itu, Zahid berkata, masjid mempunyai peranan luas dalam kehidupan masyarakat Islam. Katanya, masjid bukan sahaja sebagai tempat ibadah tetapi menjadi pusat perpaduan ummah, kecemerlangan ilmu dan nadi utama aktiviti pembangunan ekonomi.
No comments:
Post a Comment