Friday, November 28, 2008

KIT KEMBARA COLGATE UNTUK JEMAAH HAJI

Colgate, jenama terkemuka produk penjagaan kesihatan mulut di Malaysia menyumbangkan Kit Kembara Penjagaan Kesihatan Mulut yang lengkap kepada 27,000 jemaah haji Malaysia bagi musim Haji 1429H. Sumbangan itu adalah hasil kerjasama dengan Program Sahabat Korporat Tabung Haji 1429H.


Kit Kembara Penjagaan Kesihatan Mulut ini mengandungi ubat gigi Colgate, berus gigi Colgate dan cecair kumuran Colgate.


Penyertaan Colgate dalam Program Sahabat Korporat Tabung Haji 1429H ini merupakan satu daripada pelbagai aktiviti Colgate-Palmolive Sdn. Bhd. yang telah berada di Malaysia sejak 50 tahun lalu bagi menunjukkan komitmen mereka terhadap masyarakat.


Dua lagi aktiviti utama ialah kempen Bulan Kesihatan Mulut Colgate yang memberi kesedaran tentang kepentingan penjagaan kesihatan mulut kepada masyarakat dan program pendidikan dan kesedaran kesihatan pergigian, ‘Senyuman Ceria, Masa Depan Gemilang Colgate’ yang diadakan di sekolah-sekolah.


Pada majlis simbolik Sumbangan dan Penghargaan Sahabat Korporat TH Musim Haji 1429H yang diadakan di ibu negara baru-baru ini, Pengarah Pemasaran Colgate-Palmolive Malaysia, John Hazlin menyerahkan sumbangan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.


Hazlin berkata, penyertaan Colgate dalam program sokongan Jemaah Haji adalah komitmen berterusan Colgate untuk pembangunan masyarakat Malaysia. “Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam Program Sahabat Korporat Tabung Haji 1429H ini.


“Khususnya kepada Pihak Pengurusan Kanan Tabung Haji di atas kesudian mereka bekerjasama dengan Colgate bagi membolehkan kami melaksana satu lagi tanggungjawab sosial kepada umat Islam khasnya. Kami amat berbesar hati dapat berkongsi saat-saat ini dengan mereka semua,” katanya.


Semua ubat gigi Colgate dan produk cecair kumuran yang dijual di Malaysia mendapat pengesahan dan diiktiraf halal oleh Halal Development Corporation, Malaysia dan akan menggunakan logo halal Malaysia.

No comments: