Membina ketamadunan ummah seringkali bertembung dengan aspek persiapan dan bahan penyelidikan yang berkaitan. Soalnya sekarang kalau kita telah menyelidik dari pelbagai sudut berhubung dengan aspek pembangunan ummah, mengapakah kita simpan hasil penyelidikan tersebut tanpa rasa bersalah.
Kita sebenarnya tidak boleh membudayakan himpunan tesis penyelidikan berkaitan sekadar menjadi muzium untuk menyimpannya sebagai stok bahan penyelidikan tanpa manfaat (bptm).
Ada baiknya kalau kita menyedari nilai maklumat yang terkandung dalam kajian tersebut untuk diterjemahkan melalui pelaksanaan. Penghasil tesis pasti akan rasa terhormat apabila penyelidikannya dapat dimanfaatkan oleh ummah. Bukankah mereka telah memberi sumbangan yang cukup besar disisi agama bagai seorang pewakif yang dijanjikan Allah pahalanya di akhirat nanti.
Sebenarnya cendekiawan Islam perlu membudayakan aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) kerana ia merupakan pencetus kepada ilmu-ilmu baru yang lebih komprehensif.
Sekadar mengakui tanpa mengambil tindakan untuk tujuan melaksanakan gagasan tersebut tidak ada maknanya.Kita sekadar melihat betapa buah yang masak dan akhirnya mekar dipokok tanpa berpeluang untuk memetik dan merasai keenakannya.
Aktiviti R&D tidak boleh diabaikan terutama dalam usaha memartabatkan sistem pendidikan di dunia Islam yang kini di lihat semakin ketinggalan berbanding dunia Barat.
Kita sebenarnya mempunyai jumlah cendekiawan yang mencukupi dan tahap pendidikan mereka tidak kurang hebatnya. Oleh itu apa yang perlu dilakukan ialah menggerakkan mereka untuk membudayakan R&D sebagai satu aktiviti terpenting di dalam pendidikan.
Pengurusan Universiti dan Pentadbir Pusat Pengajian Islam diseluruh IPTA mestilah mengambil inisiatiaf kearah matlamat tersebut sesuai dengan kedudukan mereka yang bergelar intelegensia.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment